Unduk Ngadau Kaamatan Klang Valley

Klik Bagaimana untuk menyertai Pertandingan Unduk Ngadau Klang Valley?

INFO 


Unduk Ngadau Kaamatan Uvang Klang Valley 

Unduk Ngadau Kaamatan anjuran KDCA Klang Valley bermula pada tahun 2000 di Raintree Club, Jalan Ampang Hilir yang juga telah menjadi perintis kepada Pertandingan Ratu Kebudayaan yang pertama di Kuala Lumpur. Semenjak itu, Unduk Ngadau telah menjadi aktiviti tahunan KDCA Klang Valley, yang mana kini telah menjadi acara yang dinanti-nantikan setiap tahun. Pemenang Unduk Ngadau peringkat Klang Valley akan mewakili komuniti Kadazandusun di Kuala Lumpur/Klang Valley ke peringkat negeri untuk bertanding di kemuncak Pesta Kaamatan atau Pesta Menuai pada hujung bulan Mei, menandakan berakhirnya pesta menuai yang dirayakan sepanjang bulan Mei setiap tahun. 

Acara ini merupakan aturcara yang paling menarik minat penonton, kemunculan setiap peserta Unduk Ngadau disambut dengan suasana gamat dengan pekikan atau mamangkis menyambut kemunculan peserta kegemaran atau sokongan terhadap wakil tempat masing-masing.

Latar Belakang Unduk Ngadau 

Secara ringkasnya, Unduk Ngadau merujuk kepada semangat Huminodun. Unduk Ngadau berasal dari perkataan “runduk tadau”, yang bermakna “gadis yang dimahkotakan sinaran cahaya matahari”.

Dikatakan, selepas Huminodun dikorbankan oleh Kinoingan, selepas tujuh hari Unduk Ngadau muncul dari kakanan dan dipercayai sebagai jelmaan semangat Huminodun. Unduk Ngadau juga dikatakan sebagai orang yang pertama mengajar Bobohizan mentera yang diamalkan sehingga sekarang.

Semenjak itu perkataan Unduk Ngadau digunakan bagi melambangkan kecantikan dan kebaikan budi bahasa Huminodun. Pertandingan ratu cantik Unduk Ngadau akan diadakan pada perayaan Tadau Kaamatan.

Disunting daripada wikipedia.org


No comments:

Post a Comment