4/25/14

Kaamatan Festival KV 2014


Kopivosian!

Terima kasih kepada semua tobpinai yang telah menghadiri dan memeriahkan Pesta Kaamatan atau Lamai Kaamatan peringkat Klang Valley pada 3hb Mei 2014 yang lalu. 
Sehingga kita bertemu lagi di Pesta Kaamatan tahun hadapan. 

"Kebudayaan Asas Keamanan dan Persahabatan"

Sekitar Pesta Kaamatan Klang Valley 2014 





4/24/14

Unduk Ngadau Kaamatan

Unduk Ngadau Kaamatan Klang Valley 

Unduk Ngadau Kaamatan Klang Valley bermula pada tahun 2000 di Raintree Club, Jalan Ampang Hilir yang juga telah menjadi perintis kepada Pertandingan Ratu Kebudayaan yang pertama di Kuala Lumpur. Semenjak itu, Unduk Ngadau telah menjadi aktiviti tahunan KDCA Klang Valley, yang mana kini telah menjadi acara yang dinanti-nantikan setiap tahun. Pemenang Unduk Ngadau peringkat Klang Valley akan mewakili komuniti Kadazandusun di Kuala Lumpur/Klang Valley ke peringkat negeri untuk bertanding di kemuncak Pesta Kaamatan atau Pesta Menuai pada hujung bulan Mei, menandakan berakhirnya pesta menuai yang dirayakan sepanjang bulan Mei setiap tahun. 

Acara ini merupakan aturcara yang paling menarik minat penonton, kemunculan setiap peserta Unduk Ngadau disambut dengan suasana gamat dengan pekikan atau mamangkis terutama sekali semasa peragaan oleh  peserta kegemaran atau wakil daerah masing-masing.


 Latar Belakang Unduk Ngadau 

Secara ringkasnya, Unduk Ngadau merujuk kepada semangat Huminodun. Unduk Ngadau berasal dari perkataan “runduk tadau”, yang bermakna “gadis yang dimahkotakan sinaran cahaya matahari”.

Dikatakan, selepas Huminodun dikorbankan oleh Kinoingan, selepas tujuh hari Unduk Ngadau muncul dari kakanan dan dipercayai sebagai jelmaan semangat Huminodun. Unduk Ngadau juga dikatakan sebagai orang yang pertama mengajar Bobohizan mentera yang diamalkan sehingga sekarang.

Semenjak itu perkataan Unduk Ngadau digunakan bagi melambangkan kecantikan dan kebaikan budi bahasa Huminodun. Pertandingan ratu cantik Unduk Ngadau akan diadakan pada perayaan Tadau Kaamatan.

Disunting daripada wikipedia.org

4/21/14

Pesta Kaamatan Klang Valley 2014









Kopivosian ! 



Dengan hormatnya, KDCA Klang Valley menjemput semua warga Malaysia dan pelancong untuk bersama kami merayakan Pesta Kaamatan atau Lamai Kaamatan peringkat Klang Valley pada:
 
PESTA KAAMATAN KLANG VALLEY 2014
  • Tarikh: 3hb Mei, 2014 (Sabtu)
  • Masa: Jam 12.00 tengahari
  • Tempat: Flamingo Hotel by the Lake, Kuala Lumpur (lokasi)
Jemputan adalah terbuka kepada umum. Semua dijemput hadir. 


Tema:
"Kebudayaan Asas Keamanan dan Persahabatan"

Meja VIP boleh dibeli dengan harga $1,000/$2,000/$3,000/$5,000
Sila hubungi urusetia untuk tempahan 0122446922 atau email ke kdcakv@gmail.com

Bagaimana untuk ke Flamingo Hotel by the lake KL ?


 

Apa yang menarik?

Unduk Ngadau (Ratu Tradisi Kadazandusun)
Sugandoi (Pertandingan Menyanyi dalam bahasa Kadazandusun)
Persembahan Seni Tarian Tradisi
Sukan Tradisi




Penyertaan Pertandingan


Pertadingan Unduk Ngadau dan Sugandoi terbuka kepada Kadazandusun, sebarang pertanyaan mengenai penyertaan boleh di hantar kepada kdcakv@gmail.com dan syarat-syarat serta borang akan dihantar melalu email, atau mengisi eborang di laman UNDUK NGADAU dan SUGANDOI.

Audition untuk pertandingan Unduk Ngadau dan Sugandoi ialah pada:
Tarikh 26 April, 2014
Pendaftaran Jam 9.30 pagi
Tempat di The Zon all suite residence on the park, Kuala Lumpur. (lokasi)

Kami mengucapkan semoga berjaya kepada semua peserta.