Sugandoi Klang Valley 2016

SUGANDOI 

Kaum Kadazandusun sememangnya dikenali dengan kegemaran mereka bermain alat muzik dan bernyanyi, malah kebanyakan dianugerahkan dengan bakat menyanyi dan bermain muzik dengan baik. Seringkali mereka akan menyanyi sambil bermain muzik bila ada kelapangan atau bila ada sesuatu acara, tidak kiralah dalam majlis kecil atau besar, atau semasa bersembang dengan kawan-kawan, pendek kata memang suka menyanyi untuk memeriahkan suasana majlis.




Sugandoi ialah acara pertandingan nyanyian dalam bahasa Kadazandusun, mulai diperkenalkan di daerah Klang Valley pada tahun 2000 di Raintree Club, Ampang. Semenjak itu, Sugandoi telah menjadi acara tahunan yang menarik ramai peminat seni suara di kalangan pemuda pemudi Kadazandusun yang bermastautin di Semenanjung Malaysia. 

Penyertaan Sugandoi terhad kepada ahli-ahli KDCA Klang Valley sahaja. Kepada mereka yang berminat untuk menyertai sugandoi, anda boleh membuat permohonan sebagai ahli pada hari Audition diadakan. 


PENYERTAAN
Ada 2 cara untuk menghantar penyertaan Sugandoi: Secara ONLINE SUGANDOI  atau dengan menghantar Borang Penyertaan melalu email atau fax. 

SUGANDOI AUDITION:
  • Tarikh Audition: 24hb April, 2016
  • Pendaftaran Mulai 9.30 pagi
  • Tempat audition: The Zon Hotel (map) 
Address: The Zon All Suites Residences on the park, 161-B Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur 
  • Semua peserta diwajibkan hadir pada sesi audition.
  • Tarikh tutup penyertaan : 24hb April, 2016

Klik di sini untuk senarai Lagu Pilihan Sugandoi 2016

Kepada peserta Sugandoi KV 2015, kami ucapkan semoga berjaya!  

SILA AMBIL PERHATIAN:
  • Semua lagu hendaklah dalam bahasa Kadazandusun. 
  • Peserta boleh membawa lagu pilihan sendiri untuk tujuan saringan dan peringkat Klang Valley.
  • Pemenang hendaklah membawa lagu pilihan yang sama untuk dipertandingkan di peringkat kemuncak Negeri Sabah.
Lain-lain tips:
  • Audition tidak akan menggunakan iringan muzik, hanya vokal. Boleh membawa muzik CD minus one untuk persediaan sahaja. 
  • Peserta dinasihatkan bersedia membawa CD Minus one, jika tersenarai ke peringkat akhir. Peserta boleh memilih untuk menyampaikan lagu secara 'live band' dengan latihan sendiri, sila bekerjasama dengan band boys yang terlibat.  
  • Peserta FINAL dikehendaki menyediakan sendiri segala kelengkapan pertandingan termasuk: CD minus one, Pakaian(mesti memakai pakaian tradisi), rambut dan make-up (jika perlu) dan lain-lain kelengkapan atau aksesori yang diperlukan. 
  • Keputusan Pengadil adalah muktamad. Sebarang pertanyaan atau kesangsian mengenai keputusan pengadil tidak akan dilayan selepas pertandingan. 
  • Semua peserta mestilah ahli KDCA Klang Valley. Keahlian boleh dibuat pada hari pendaftaran. Yuran Keahlian: $15 untuk 5 tahun pertama keahlian. Pembaharuan keahlian yang sudah luput cuma $1 setahun (pembaharuan minima 5 tahun keahlian atau $5 sahaja).


PANDUAN PENILAIAN PESERTA:

SUARA (40%)

1. Mutu - 20%
2. Imbangan/Inotasi - 10%
3. Sebutan - 10% 

TEMPO (30%)
1. Ketepatan Rentak 20%
2. Penguasaan Rentak 10%

PERSEMBAHAN (30%)
1. Gaya 10%
2. Ekspresi/Emosi 10%
3. Pakaian/Disiplin 10%


* Ini adalah panduan sahaja, penganjur mungkin/boleh meminda garispanduan tersebut pada bila-bila masa.

No comments:

Post a Comment